Sabtu, 21 Mei 2016
keagungan bulan nisfu syaaban
Keagungan Syaaban adalah dengan kedatangan malam
ke-15, iaitu malam Nisfu Syaaban, malam yang nilainya
lebih baik daripada seribu bulan.
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu
Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya
(melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana
sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-
Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke
langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon
keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa
yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan
kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan
melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka
begini dan adakah daripada kalangan mereka begini
(berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit
fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Kelebihan Malam Nisfu Syaaban itu telah disebutkan di
dalam hadis sahih daripada Mu’az bin Jabal r.a; Rasulullah
SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT akan
memerhatikan hamba-Nya pada malam nisfu Syaaban,
maka Allah akan mengampunkan penghuni dunia
melainkan dua golongan manusia; musyrik (orang yang
menyekutukan Allah SWT) dan musyabin (orang yang
saling benci membenci).” (HR Ibnu Majah, At-Thabaroni
dan Ibnu Hibban)
Pada malam Nisfu Syaaban juga, adalah di antara
malam-malam yang dikabulkan doa. Menurut Imam Asy-
Syafie dalam kitabnya al-Umm telah berkata: ‘Telah
sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa
dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat,
malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Aidil Fitri,
malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu
Syaaban.’
Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu
Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul
Qadarnya. Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:
Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
Lailatul Baraah (malam pelepasan),
Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan
penentuan)
Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
Lailatul Syafaah (malam syafaat)
Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak
dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.
Terbuka Pintu Langit Pada Malam Nisfu Syaaban, pintu
langit dan pintu rahmat dibuka dan Allah
mengampunkan orang yang tidak mensyirikkannya.
Riwayat menyatakan pada malam Nisfu Syaaban akan
terbuka segala pintu langi.
Tidak Diampunkan
Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada
malam nisfu Syaaban ialah mereka yang;
Menyekutukan Allah dengan sesuatu,
Tukang sihir dan ahli nujum,
Derhaka terhadap ibubapa,
Peminum arak,
Penzina,
Pemakan riba,
Pembuat firnah,
Suka bermusuhan,
Menipu dalam perniagaan.
Memutuskan tali silaturrahim.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba malam
pertengahan Syaaban, Allah akan memerhatikan
makhluknya dengan pemerhatian yang penuh. Maka
Allah akan mengampunkan orang yang beriman,
membiarkan orang kafir, meninggalkan orang yang
berkhianat dengan kekhianatan mereka hingga mereka
berdoa kepada Allah (untuk pengampunan mereka).”
Darpada Mu’az bin Jabal r.a; Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah SWT akan memerhatikan hamba-
Nya pada malam nisfu Syaaban, maka Allah akan
mengampunkan penghuni dunia melainkan dua
golongan manusia; musyrik (orang yang menyekutukan
Allah SWT) dan musyabin (orang yang bermusuhan).” (HR
Ibnu Majah, At-Thabaroni dan Ibnu Hibban)
Hidupkan Malam Nisfu Syaaban
Daripada Aishah r.a. berkata: Rasulullah SAW telah
bangun malam dengan bersolat dan baginda telah
memanjangkan sujudnya sehingga aku menyangka
bahawa baginda telah dicabut nyawanya.
Apabila baginda mengangkat kepalanya dari sujud dan
selesai dari solat, baginda bertanya kepadaku: “Wahai
Aishah, adakah aku telah mengabaikanmu?”
Aku menjawab: “Tidak wahai Rasulullah, tetapi aku
sangka engkau telah dicabut nyawa disebabkan lamanya
engkau bersujud”.
Baginda pun berkata: “Tahukah engkau apakah malam
ini?”
Aku menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu”.
Baginda berkata: “Ini adalah malam pertengahan bulan
Syaaban. Sesungguhnya Allah SWT melihat para
hambaNya pada malam pertengahan bulan Syaaban,
maka diampunkan orang yang memohon ampun,
dirahmati orang yang meminta rahmat…”. (oleh
Baihaqi: Hadis Mursal)
Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang
menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam
raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati
pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”
Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad
darpada Syaidah Aisyah; Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit
dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia
mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak
daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab
yang paling banyak kambing).”
Allah SWT memenuhi keampunan dan Rahmat-Nya pada
malam ke-15 Syaaban, maka umat Islam digalakan
memperbanyakkan amal ibadat dengan membaca:
Kalimah syahadah,
Surah Yassin tiga kali,
Beristighfar,
Bersholawat dan berdoa,
Bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir.
Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah
ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia.
Teruskanlah membuat amal kebaikan, kerana selepas 15
Syaaban, maka bermulalah catatan amalan baru bagi
setiap hamba.
Janganlah memohon hanya kepada tiga perkara, malah
mohonlah apa saja asalkan perkara yang diharuskan.
Sebaiknya, mohonlah ditambahkan keimanan dan
kecintaan kepada Allah. Hanya iman yang bertambah
akan terus subur dan membawa kita ke arah kebenaran.
Semoga dengan doa kita pada Malam Nisfu Syaaban,
Allah mengurniakan apa yang kita mohonkan. Firman
Allah SWT: “Sesungguhnya Allah menghapus dan
menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nya
ummul kitab (ibu segala suratan).” (Surah al-Ra‘d , ayat
39).
AMALAN MALAM NISFU SYAABAN
A. Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau
Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya
diniatkan memohon:
Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati
Allah.
Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
“Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah
menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap
orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu”.
(Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)
B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan
beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala
dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan
Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita.
C. Solat-solat sunat:
Solat Sunat Mutlaq
Solat Sunat Isyraq
Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Rawatib
Solat Sunat Awwabin
Solat Sunat Tahajud
Solat Sunat Tasbih
Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Hajat
Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang
kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu
sehinggalah kamu semua jemu.” Apa yang disukai oleh
Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat
sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan
solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan di dalam
berbuat demikian.” (Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a.
dan imam Muslim r.a.)
D. Membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah
Maka, sewajarnya kita melakukan amalan-amalan yang
soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang
Allah benci, mudah-mudahan kita semua diampunkan.
Oleh itu, amatlah baik bagi kita sebagai umat Islam
memperbanyakkan amalan, selain menjadi satu medan
latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut
kedatangan bulan Ramad
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar